Thursday, November 30, 2006

biologi tips from andrewchoo

BIOLOGY

Last Minutes Tips

Kertas I / III

1. Pengangkutan merentas membran plasma.

2. Nutrisi manusia

3. Pembiakan manusia

4. Ekosistem terancam dan langkah pengurusan

5. Homestasis dalam manusia

Wednesday, November 29, 2006

kimia tips form andrewchoo

SPM 2006
Kertas II dan Kertas III
Sabun / Ubat
Pengesteran
Aloi dan Bahan Komposit
Kadar Tindakbalas Logam dan Asig
Pengaratan dengan tindak balas Redok / Perubahan Haba

Monday, November 27, 2006

Fizik Tips (andrewchoo)

FIZIK

Last Minutes Tips

Kertas II / III

1. Prinsip Tekanan

2. Semikonduktor dan Transistor

3. Kanta dan Pantulan Cahaya

4. Medan Magnet dan Meter Elektrik

5. Tekanan Cecair / Atmosfera dan Tegangan Permukaan.

6. Momentum dan Daya Impuls

Thursday, November 23, 2006

Last minute EST tips

English Science and Technology
- Recycling
- Energy [ solar energy, nuclear energy, biomass, geothermal ]
- Bird flu
- Aids
- Tsunami
- Earthquakes
- Volcano
*Hey, i m not sure how true is this but this is what i had and would like to share with eveyone.
Thanks ::Freako::

For EST......

Tips for EST?
i also dunno.All depends on YOUR luck.
if u know the topic,u can do.
If u DONT, then TRY AND DO ALSO!

Remember to read through ALL the excercise u had done and also make sure u had know all the FORMAT Very well.

K.Thats all.
Good luck to you all.
if any1 know any tips pls share with us immediately.
email to me: joshuatly@gmail.com before 6pm!

Thanks

Monday, November 20, 2006

My Blog Is HOT~~~~

Science i had install StarCounter few months ago,only i know that my blog is so HOT~~~
Maybe also because of u all all visit here for TIPS??
Anyway,thanks u all and i will continue doing this blog and my another blog so pls dont stop visit my blog!

Now my blog's page loads NEARLY reach 100,000!
I'm confident that this number will be reach tonight OR tomorrow!

Anyway,Thanks U all!
Thanks A MILLION!

Sejarah from andrewchoo

Hope this can help u all.
joshuatly2006

Saturday, November 18, 2006

andrewchoo newest bm karangan tips

andrewchoo newest bm karangan tips.
acctually is more or less the same with the mail order tips.

Download link

Peribahasa Collection

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.


Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

objective answer for account and bc

PP
1c 2b 3b 4d 5a 6a 7b 8a 9b 10c 11c 12d 13d 14b 15b 16d 17a 18d 19b 20c 21b 22b 23b 24a 25a 26 b or c 27d 28d 29d 30c 31c 32c 33d 34a 35d 36a 37c 38c 39b 40d


BC
2d 3b 4b 7b 8d 9d 10d 11d 12c 13b 16c 17c 18a 19d 20a 21d 22c 23a 24c 25c 26b 30b 31c 32a 35b 36d 37a 38b 39a

SPM sejarah soalan struktur & soalan esei出题范围

SPM 历史soalan struktur & soalan esei出题范围
Tingkatan 4

Bab 1 : Kemunculan Tamadun Awal Manusia
 Menerangkan konsep tamadun dan menyatakan enam ciri tamadun manusia (SPM 2006)
 Mengklasifikasikan sumbangan tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan Hwang Ho (SPM 2006)
 Menyatakan sekurang-kurangnya tiga faktor mengapa pemimpin awal memilih sungai sebagai lokasi pembinaan tamadun awal

Bab 2 : Peningkatan Tamadun
 Menyatakan latar belakang tamadun Yunani, Rom, India dan China
 Mengenal pasti aspek-aspek yang membawa kepada peningkatan tamadun (SPM 2004)
 Menghuraikan sumbangan tamadun Yunani, Rom, India dan China (SPM 2004,2005)
 Merasionalkan kepentingan agama dan ajaran utama dunia dalam perkembangan tamadun manusia

Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
 Menerangkan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara
 Menghuraikan pembentukan tamadun awal di Asia Tenggara
 Menyenaraikan ciri kerajaan agraria dan kerajaan maritim (SPM 2006)
 Mengenal pasti pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam perkembangan tamadun awal di Asia Tenggara (SPM 2006)

Bab 4 : Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah
 Menerangkan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah (SPM 2006)
 Menghuraikan kemunculan tamadun Islam dan perkembangannya di Makkah (SPM 2006)
 Menjelaskan reaksi masyarakat Arab Makkah terhadap penyebaran Islam (SPM 2006)
 Mengenal pasti kesan penyebaran Islam dalam masyarakat Islam

Bab 5 : Kerajaan Islam di Madinah
 Menyatakan peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah dan kesannya (SPM 2005)
 Menjelaskan kepentingan Piagam Madinah (SPM 2004)
 Menerangkan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah dan pembukaan semula kota Makkah (SPM 2005)

Bab 6 : Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya
 Menerangkan sistem pemerintahan Khulafa al-Rasyidin (SPM 2004)
 Menerangkan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah serta mengklasifikasikan sumbangannya (SPM 2006)
 Menghuraikan cara dan kesan pertembungan antara tamasun Islam dengan tamadun lain di dunia (SPM 2005)

Bab 7 : Islam di Asia Tenggara
 Menghuraikan dan membahaskan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
 Menerangkan proses penyebaran Islam di Asia Tenggara
 Mengklasifikasikan pengaruh Islam di Asia Tenggara

Bab 8 : Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat
 Menjelaskan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran serta perundangan Malaysia
 Mengenal pasti kesan kedatangan Islam terhadap sosiobudaya masyarakat Malaysia
 Menghuraikan pengaruh Islam terhadap ekonomi Malaysia

Bab 9 : Perkembangan di Eropah
 Menerangkan secara ringkas perkembangan di Eropah dari Zaman Gelap hingga Zaman Penjelajahan (SPM 2006)
 Menghuraikan perkembangan penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Barat
 Menghuraikan perkembangan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian di Eropah dan kesannya terhadap Asia Tenggara
 Menghuraikan perkembangan dan kesan imperialisme Barat di Asia Tenggara

Bab 10 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
 Menerangkan kegiatan ekonomi tradisional dan ekonomi moden di Tanah Melayu (SPM 2005)
 Menghuraikan dasar British terhadap undang-undang berhubung tanah dan pekebun kecil di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak (SPM 2004)
 Mengenal pasti kesan-kesan dasar British terhadap ekonomi negara

Tingkatan 5

Bab 1 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
 Menghuraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara (SPM 2004,2005)
 Mengenal pasti perubahan dalam sistem politik yang diperkenalkan oleh kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara (SPM 2005) (SPM 2006)
 Membandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara (SPM 2004) (SPM 2006)
 Menghuraikan faktor-faktor nasionalisme di Asia Tenggara (SPM 2004)
 Menghuraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara (SPM 2004)

Bab 2 : Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
 Menyatakan sebab-sebab penentangan terhadap British (SPM 2005)
 Menghuraikan bentuk perjuangan pemimpin tempatan menentang British (SPM 2005) (SPM 2006)
 Menjelaskan kepentingan permuafakatan untuk mencapai matlamat sesuatu perjuangan
 Menjelaskan faktor-faktor pemangkin nasionalisme
 Mengenal pasti isu dalam akhbar, majalah dan novel yang mendorong kesedaran nasionalisme
 Menjelaskan peranan persatuan-persatuan Melayu dalam menggalakkan kesedaran nasionalisme (SPM 2006)

Bab 3 : Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
 Menerangkan latar belakang pembinaan negara dan bangsa
 Mengenal pasti asas negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (SPM 2006)
 Membandingkan sistem pentadbiran Negeri-Negeri Melayu yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka (SPM 2006)

Bab 4 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
 Menyenaraikan sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan (SPM 2006)
 Menyatakan ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946
 Menjelaskan reaksi rakyat tempatan terhadap Malayan Union (SPM 2006)
 Menghuraikan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
 Menjelaskan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
 Mengenal pasti tokoh-tokoh yang terlibat dalam Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Bab 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
 Menghuraikan kepentingan Sistem Ahli kepada pembinaan negara dan bangsa (SPM 2006)
 Merasionalkan pakatan murni sebagai pendekatan terbaik dalam pembinaan negara dan bangsa
 Menyenaraikan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
 Menghubungkaitkan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu dengan kedaulatan negara dan bangsa Malaysia
 Menjelaskan peranan tokoh-tokoh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu


Bab 6 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
 Menjelaskan cadangan gagasan Malaysia oleh tokoh-tokoh tertentu
 Menyenaraikan sebab-sebab penubuhan Malaysia
 Menjelaskan reaksi dalam negeri dan negara luar terhadap pembentukan Malaysia (SPM 2005)
 Menjelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia
 Menyenaraikan inti-inti parti Perjanjian Malaysia 1963

Bab 7 : Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
 Mengenal pasti ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia (SPM 2004) (SPM 2006)
 Membandingkan badan pemerintah dan fungsinya (SPM 2006)
 Menyatakan proses pilihan raya (SPM 2004)
 Menghuraikan kepentingan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri bagi memantapkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan
 Menghuraikan fungsi lambang-lambang negara Malaysia

Bab 8 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
 Menghuraikan matlamat dan usaha-usaha Rancangan Lima Tahun (SPM 2006)
 Mengenal pasti matlamat dan usaha-usaha yang dilaksanakan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) (SPM 2006)
 Membincangkan kejayaan DEB ke arah perpaduan dan kesejahteraan rakyat (SPM 2006)
 Menjelaskan usaha-usaha ke arah pembangunan dan perpaduan
 Mengupas prinsip Rukun Negara sebagai ideology ke arah perpaduan (SPM 2004)
 Menjelaskan matlamat Wawasan 2020
 Membincangkan tanggungjawab murid dalam merealisasikan Wawasan 2020

Bab 9 : Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa
 Menerangkan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua (SPM 2006)
 Menerangkan Blok Dunia (SPM 2005)
 Menghuraikan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia (SPM 2004)
 Menghuraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau (SPM 2004) (SPM 2006)
 Merasionalkan perubahan dasar luar Malaysia daripada pro-Barat kepada berkecuali
 Menghubungkaitkan globalisasi dengan masa hadapan Malaysia (SPM 2006)


2006 年 SPM 预测题

1. konsep tamadun dan menyatakan enam ciri tamadun manusia / sumbangan tamadun Mesopotamia, Mesir
2. membandingkan ciri kerajaan agraria dan kerajaan maritim / pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam perkembangan tamadun awal di Asia Tenggara
3. ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah / kemunculan tamadun Islam dan perkembangannya di Makkah / reaksi masyarakat Arab Makkah terhadap penyebaran Islam
4. Menerangkan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah dan Turki Uthmaniyah serta mengklasifikasikan sumbangannya
5. perkembangan di Eropah dari Zaman Gelap hingga Zaman Penjelajahan
6. Sistem Birokrasi
7. Menjelaskan peranan persatuan-persatuan Melayu dalam menggalakkan kesedaran nasionalisme ( KKM ) / mengalurkan bentuk perjuangan pemimpin tempatan menentang British ( Perak )
8. asas negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka / Membandingkan sistem pentadbiran Negeri-Negeri Melayu yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka
9. sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan / reaksi rakyat tempatan terhadap Malayan Union
10. Menghuraikan kepentingan Sistem Ahli
11. Mengenal pasti ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia (perlembaggan) / Membandingkan badan pemerintah dan fungsinya
12. Menghuraikan matlamat dan usaha-usaha Rancangan Lima Tahun (perbandingan antara dua tahap / RMK 1 ) / Dasar Ekonomi Baru (DEB)
13. Menerangkan factor dan kesan Perang Dunia Pertama / Menghuraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau (PBB/OIC/ASEAN) / Menghubungkaitkan globalisasi dengan masa hadapan Malaysia (MSC / k-ekonomi / k-masyarakat )

SEJARAH QUESTION COLLECTION!

SEJARAH QUESTION COLLECTION!
Those who need help on sejarah MUST download it!

http://d.turboupload.com/d/1222342/sejarah_question_collection.pdf.html

Thanks

Andrewchoo Tips UPDATE!

http://d.turboupload.com/d/1222249/Matematik.rar.html

http://d.turboupload.com/d/1222269/EKO.pdf.html

Thursday, November 16, 2006

PANDUAN DAN TEKNIK MENJAWAB KIMIA

This Post is taken from perfect score kimia dari sbp


PANDUAN DAN TEKNIK MENJAWAB

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

MATA PELAJARAN KIMIA

4541.

1.0 Format Instrumen

Bil

Perkara

Kertas 1(4541/1)

Kertas 2(4541/2)

Kertas 3(4541/3)

1

Jenis Instrumen

Ujian Objektif

Ujian Subjektif

Ujian Subjektif

2

Jenis item

Item objektif pilih

Jawapan

Aneka pilihan

Aneka Gabungan.

Setiap item mempunyai 4 pilihan jawapan ,

A , B , C dan D

Item subjektif:

Bhg A: Item Berstruktur

Bhg B : Item respons Terhad

Bhg C : Item respons terbuka.

Item subjektif :

Item Berstruktur

Item Respons Terbuka.

3

Bilangan soalan

50 (Jawab semua )

Bahagian A:

6 item (jawab semua)

Bahagian B :

2 item ( Pilih satu)

Bahagian C :

2 item (Pilih satu)

Item Berstruktur:

2 item(Jawab semua)

Item Respons Terbuka

1 item (wajib)

4

Jumlah markah

50

100

50

5

Cara memberi respons

Ditanda pada borang OMR

Ditulis pada ruang dalam kertas soalan

Ditulis pada ruang dalam kertas soalan

6

Tempoh ujian

1 jam 15 minit

2 jam 30 minit

1 jam 30 minit

7

Wajaran konstruk

Pengetahuan-25

Kefahaman-15

Aplikasi-10

Pengetahuan 14

Kefahaman 21

Aplikasi 29

Analisis 21

Sintesis 15

Kemahiran Proses Sains:

16 aspek dengan 3 skor maksimum

8

Aras kesukaran

R:S:T : 5:3:2

(25 item mudah ; 15 item pertengahan ; 10 item sukar

R:S:T : 5:3:2

( 50 skor mudah : 30 skor pertengahan; 20 skor sukar

-

9

Alatan tambahan

Kalkulator saintifik

Kalkulator saintifik

Kalkulator saintifik


2.0 Panduan Menjawab

2.1 Kertas 1 (Objektif)

2.1.1 Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk sementara.Baca semula dan cuba jawab soalan yang ditinggalkan.

2.1.2 Cadangan penggunaan masa .1 ½ minit untuk setiap soalan.

50 soalan –75 minit termasuk semakan.

2.1.3 Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.

2.2 Kertas 2 (Struktur)

2.2.1 Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa menjawab

2.2.2 Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah penghitungan.

2.2.3 Cadangan penggunaan masa - 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk masa semakan.

2.3 Kertas 2 (Esei)

2.3.1 Baca semua soalan dengan teliti

2.3.2 Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang dirasakan memberi isi yang tepat dan terbanyak

2.3.3 Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang dikehendaki soalan.

2.3.4 Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah.Ini boleh digunakan sebagai panduan panjang jawapan.

[ 1 markah – 1 poin ]

2.3.5 Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang sesuai,huraikan jawapan dengan bantuan gambar rajah berlabel,graf,jadual atau persamaan kimia.

2.3.6 Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan termasuk masa semakan.

2.4 Kertas 3

2.4.1 Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal.Oleh itu pelajar mesti menghadiri pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna.Dengan ini membantu untuk menjawab dengan baik.

2.4.2 Kemahiran proses sains seperti memerhati,mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens, meramal,berkomunikasi,

menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat

hipotesis harus dikuasai.

2.4.3 Biasakan dengan kemahiran membaca alat-radas seperti buret, jam randik dan sebagainya.

2.4.4 Buat latihan melukis graf.

2.4.5 Penggunaan masa- 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.

2.4.6 Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti dalam soalan.

Contoh:

(i) Pernyataan masalah ATAU Tujuan eksperimen

(ii) Hipotesis ATAU Pemboleh ubah

(iii) Bahan dan radas

(iv) Prosedur

(v) Penjadualan data


3.0 Kata Tugas

Biasanya soalan bermula dengan kata tugas iaitu apa yang pelajar harus jawab.Pelajar harus tahu kata tugas untuk memastikan jawapan yang ditulis mengikut kehendak soalan.

Kata Tugas

Penerangan / contoh

Namakan

Berikan nama dan bukan formula.

Contoh: Namakan unsur utama yang dicampur dengan kuprum untuk membentuk gangsa.

Jawapan: Stanum

Bukan : Sn.

Nyatakan

Menulis jawapan dalam bentuk fakta ringkas sahaja.Penerangan tidak diperlukan.

Contoh: Nyatakan satu sifat asid.

Jawapan : menukarkan litmus biru kepada merah.

Nyatakan pemerhatian

Menulis apa yang dilihat sahaja dari segi fizikal.

Contoh: Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik.

Jawapan: Pembuakan/gelembung gas.

Bukan : Gas hidrogen terbebas.

Menulis perubahan warna asal dan warna akhir.

Contoh: Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat.

Jawapan: Warna biru larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar

Bukan: Larutan menjadi tidak berwarna.

Terangkan

Menulis jawapan dengan memberi sebab-sebab untuk menjelaskan sesuatu kenyataan / fakta / prinsip.

Contoh: Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada kuprum tulen

Jawapan : Dalam kuprum tulen, atom mudah menggelongsor.Dalam gangsa, atom stanum mengganggu susunan atom kuprum.Dengan itu menghalang gelongsoran atom kuprum.

Apakah yang dimaksudkan

(Takrif)

Memberi makna yang tepat.

Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon.

Jawapan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.

Bukan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen

Berikan ujian kimia

Memberi kaedah ujian dan pemerhatian.

Contoh: Berikan satu ujian untuk mengenali ion Fe3+.

Jawapan : Campurkan larutan natrium hidroksida. Mendakan perang terbentuk.

Ujian gas

Menyatakan kaedah dan pemerhatian

Contoh: Huraikan bagaimana gas (hidrogen) disahkan hadir.

Jawapan: Masukkan kayu uji bernyala ke dalam tabung uji berisi gas.

Bunyi’pop’ terhasil.

Bukan: Uji gas dengan kayu uji bernyala.

Huraikan

Menulis dengan lengkap apa yang dilakukan,diperhati atau dideduksikan.

Contoh: Huraikan bagaimana anda menyediakan larutan kuprum(II) sulfat bermula daripada pepejal kuprum(II)oksida.

Jawapan : Campurkan kuprum(II)oksida kepada asid sulfurik cair sehingga berlebihan.Turaskan untuk mendapatkan hasil turasan.

Bincangkan

Memberikan isi-isi penting serta mengkaji setiap satu isi itu secara kritikal.

Contoh: Bincangkan dari segi teori ion mengapa pepejal plumbum(II) bromida tidak boleh mengalirkan elektrik tetapi plumbum(II)bromida lebur boleh.

Jawapan: Plumbum(II) bromida adalah sebatian ion.Dalam pepejal,ion-ion terikat kuat oleh daya elektrostatik.Oleh itu ion-ion tidak bergerak bebas.Apabila dileburkan ion-ion bergerak bebas.

Ramalkan

Membuat jangkaan sesuatu yang akan berlaku betrdasarkan fakta.

Contoh: Ramalkan kenaikan suhu yang dijangka jika eksperimen I dijalankan menggunakan radas yang lebih besar.

Jawapan:Kenaikan suhu lebih rendah.

Bandingkan

Menyenaraikan perbezaan dan persamaan antara dua perkara .

Bezakan

Menyenaraikan semua perbezaan antara dua perkara.

Contoh: Nyatakan tiga sifat yang boleh membezakan antara sebatian ion dengan sebatian kovalen.

Jawapan:[ Menyenaraikan 3 sifat sebatian ion dan 3 sifat sebatian kovalen ]

Lukiskan gambar rajah radas

Melukis gambar rajah dengan lengkap

(i) radas berfungsi (contoh: tidak bocor / gabus tidak masuk ke dalam )

(ii) label

(iii) Jika ada larutan, larutan perlu dilorek.

(iv) Jika ada pemanasan-anak panah dan perkataan panaskan dibawah anak panah.

Lukiskan susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk

(i) Sebatian ionik –Bilangan elektron betul bagi semua petala. Cas ion juga ditunjukkan.

(ii) Sebatian kovalen- 8 elektron disetiap petala luar dan perkongsian elektron betul. Semua petala ditunjukkan. Bilangan atom yang berpadu juga betul.

Lukiskan graf

Graf dilukis dengan paksi dilabel dan unit betul.

Skala yang sesuai , pemindahan titik betul , bentuk dan graf licin.

Jika hitung kadar pada masa tertentu-lukis segitiga tepat pada tangen lengkungan graf.

Lukiskan gambar rajah aras tenaga

Gambar rajah aras tenaga – anak panah tegak, 2 garis ufuk dan tenaga dilabel.Bahan tindak balas dan hasil tindak balas di garis yang betul.

Lukiskan susunan zarah dalam pepejal

Melukis susunan zarah sekurang-kurangnya tiga baris dan bersentuh tetapi tidak bertindih.

Lukis arah pengaliran elektron dalam sel.

Melukis arah pengaliran elektron-anak panah pada atau selari dengan wayar penyambung dan bukannya merentasi larutan atau melalui larutan.

Tuliskan persamaan kimia

Persamaan yang ditulis mesti seimbang. Keadaan tidak diperlukan. Jika ditulis mesti betul.

Hitungkan

Menghitung dengan menunjukkan jalan kerja (konsep) dan jawapan akhir serta unit.

4.0 Kesilapan biasa Calon

4.1 Soalan struktur

4.1.1 Tidak memahami tugasan soalan / kehendak soalan

4.1.2 Menyalin semula soalan

4.1.3 Jawapan terlalu panjang / memanjangkan jawapan

4.1.4 Memberi lebih daripada satu jawapan

4.1.5 Memberi unit yang salah

4.1.6 Masalah ejaan pada istilah

4.2 Soalan esei

4.2.1 Tidak faham tugasan soalan

4.2.2 Jawapan terlalu umum –tiada isi

4.2.3 Isi yang diberi tidak sama dengan markah yang diperuntukkan.

4.2.4 Tidak sertakan gambar rajah sebagai pelengkap

4.2.5 Tulisan sukar dibaca

4.2.6 Bahasa – penyampaian tidak memuaskan

4.2.7 Fakta tidak tersusun

4.3 Lain-lain (terdapat dalam struktur dan esei)

4.3.1 Persamaan tidak seimbang

4.3.2 Tidak dapat membezakan antara persamaan ion, persamaan bagi setengah tindak balas atau persamaan keseluruhan.

4.3.3 Tidak dapat menyatakan warna bahan dengan tepat

4.3.4 Tidak menyebut warna asal bagi sesuatu perubahan.

4.3.5 Kesilapan gambar rajah

4.3.6 Kesilapan dalam penghitungan dimana tidak menunjukkan jalan kerja.

4.3.7 Tidak menghuraikan kaedah bagaimana ujian ke atas sesuatu bahan dijalankan.

4.3.8 Tertinggal perlakuan-perlakuan penting dalam huraian eksperimen seperti gaulkan,campurkan,gaulkan campuran dengan rata,panaskan dengan kuat.

4.3.9 Bagi huraian eksperimen yang berkaitan dengan kuantiti,terdapat calon yang tidak memberikan kuantiti yang sesuai malah ada yang tidak menyebut langsung

4.3.10 Keliru dengan pemerhatian.Contoh:Gas hidrogen dibebaskan.Sepatutnya pembuakan/gelembung gas.

4.3.11 Melukis graf : paksi-paksi tidak dilabel dan tiada unit.

4.3.12 Menganggap Siri kereaktifan sama Siri elektrokimia.

4.3.13 Tidak menyebut keadaan bahan yang digunakan atau hasil yang terbentuk

4.3.14 Soalan yang memerlukan perbezaan antara dua bahan, ada calon yang menumpukan kepada satu bahan sahaja.Misalnya soalan tentang perbezaan sebatian ionik dan sebatian kovalen.Calon hanya memberikan sifat sebatian ionik sahaja

4.4 Penggunaan istilah / perkataan yang tidak tepat.

Bil

Tidak tepat

Sepatutnya.

1

Mendakan perang

Enapan perang

2

Atom yang stabil

Atom mencapai susunan elektron oktet yang stabil

3

Konfigurasi elektron

Susunan elektron

4

Larutan jernih

Larutan tanpa warna

5

Ion iodida bertindak balas lengkap

Ion iodida habis bertindak balas//semua ion iodida bertindak balas lengkap

6

Tindak balas tidak berlaku(pemerhatian)

Tiada perubahan

7

Mempercepatkan kadar tindak balas

Kadar tindak balas bertambah/meningkat

8

Pembakaran dengan karbon

Pembakaran dengan oksigen

9

Magnesium lebih aktif daripada zink

Magnesium lebih reaktif daripada zink

10

SEK

Siri elektrokimia

11

Magnesium lebih reaktif daripada zink (siri elektrokimia)

Magnesium lebih elektropositif daripada zink.

12

Magnesium lebih elektropositif daripada zink.(siri kereaktifan)

Magnesium lebih reaktif daripada zink

13

Campurkan ammonia

Campurkan larutan ammonia

14

Larutan kalium permanganat

Larutan kalium manganat(VII) berasid

15

Polistirena dapat mencegah kehilangan haba

Polistirena mengurangkan kehilangan haba

16

Takat lebur ialah takat dimana pepejal berubah menjadi cecair

Takat lebur ialah suhu dimana pepejal berubah menjadi cecair

17

Bilangan elektron terluar

Bilangan elektron di petala luar/terluar

18

Fungsi titian garam ialah melengkapkan litar dan mengasingkan larutan

Fungsi titian garam ialah membenarkan ion melaluinya

19

Natrium menderma elektron

Atom natrium menderma satu elektron

20

Struktur elektron stabil

Susunan elektron octet

21

Elektron sudah penuh dipetala luar

Terdapat lapan elektron di petala luar

22

Tarikan nukleus ke atas petala luar

Tarikan nukleus ke atas elektron di petala luar

23

Saiz unsur bertambah

Saiz atom bertambah

24

Kadar tindak balas cepat

Kadar tindak balas bertambah

25

Kadar tindak balas perlahan

Kadar tindak balas berkurang

26

Saiz bahan yang kecil mempunyai luas permukaan yang besar

Saiz bahan yang kecil mempunyai jumlah luas permukaan yang besar

27

Bilangan zarah bertambah apabila kepekatan bertambah

Bilangan zarah per unit isipadu bertambah apabila kepekatan bertambah

28

Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik

Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau akueus.

29

Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada hidrogen

Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada satu atom hidrogen

30

Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.

Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.

31

Nombor pengoksidaan ferum berubah

Nombor pengoksidaan ferum bertambah dari +2 ke +3

32

Daya tarikan sebatian ion kuat

Daya tarikan antara ion dalam sebatian kuat

33

Daya tarikan dalam molekul lemah

Daya tarikan antara molekul lemah

34

Polimer adalah bahan yang terdiri daripada monomer-monomer

Polimer adalah bahan yang terbentuk daripada penggabungan monomer-monomer

35

Warna kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna

Warna ungu larutan kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna

36

Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala

Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala berisi elektron

37

Sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.

Molekul sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.

38

Sabun merendahkan tegangan permukaan pakaian

Sabun merendahkan tegangan permukaan air

39

Zink karbonat berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk

Zink oksida berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk

40

Kuprum didiscas dikatod

Ion kuprum didiscas dikatod

5.0 Sifat Jawapan Yang Baik

5.1 Tepat

5.2 Ringkas

5.3 Lengkap

5.4 Jelas

5.5 Bersih

5.6 Teratur.

6.0 Peringatan dan Pesanan

6.1 Konsep mol

Perlu dikuasai dengan baik.Perlukan pelbagai latihan dalam semua tajuk yang berkaitan dengan konsep mol.

Antara tajuk yang terlibat dengan konsep mol

· Formula dan persamaan kimia

· Asid, bes dan garam

· Termokimia.

· Kadar tindakbalas

6.2 Menjawab soalan

Kuasai kemahiran memahami arahan /tugasan soalan.Baca soalan dengan teliti.Pastikan jawapan yang diberikan setanding dengan peruntukan markah untuk soalan yang dijawab itu.

Bagi soalan esei, buat rangka jawapan terlebih dahulu.

Banyakkan latih-tubi dengan menjawab soalan-soalan yang lebih mencabar

Jawab juga soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

Mesti buat latihan penghitungan yang melibatkan pelbagai hubungkait.Dalam penghitungan,unit hendaklah diberi perhatian sewajarnya.

6.3 Penguasaan

6.3.1 Bahasa/ istilah

· Gunakan istilah yang tepat,tidak kabur atau secara umum sahaja

· Perlu latihan menggunakan bahasa yang tepat dalam menghuraikan eksperimen , memberi maksud atau menerangkan sesutu konsep.

6.3.2 Formula bahan kimia

· Perlu untuk membina persamaan kimia.

· Jenis-jenis persamaan harus diketahui dan dapat dibezakan.Misalnya persamaan ion , setengah persamaan.

· Persamaan penting kerana digunakan untuk menghitung kuantiti bahan atau hasil tindak balas.

6.3.3 Huraian eksperimen.

· Jawapan mestilah lengkap dan terperinci tidak hanya melukis gambar rajah susunan radas tanpa huraian.

· Tulis senarai bahan kimia dan alat radas.

· Beri penekanan kepada cara membuat pemerhatian dan kemahiran proses.

6.4 Amalkan pembelajaran menyeluruh dan seimbang , iaitu dengan memberi tumpuan yang sama kepada semua bahagian dalam sukatan pelajaran kimia.

6.5 Lebihkan latihan bagi topik sebatian karbon dan hubungkaitkan alkana , alkena , alkohol , asid karboksilik dan ester.

6.6 Jangan terus melupakan tajuk-tajuk / bahagian yang banyak menghafal dan mengingat.

Yang perlu dihafal ialah:

6.6.1 Jadual Berkala bagi unsur kumpulan 1,17 dan 18 serta kala 3.

6.6.2 Jadual cas ion

6.6.3 Siri elektrokimia /siri kereaktifan

6.6.4 Formula am siri homolog dan nama bagi 10 ahli pertama dalam setiap siri homolog.

6.6.5 Keterlarutan garam

6.6.6 Ujian kualitatif anion dan kation

6.6.7 Carta aliran penukaran etanol.

6.7 Bagi kertas 3

6.7.1 Fokuskan kepada cara membaca jam randik , buret dan termometer dengan tepat iaitu menguasai kemahiran mengukur dan menggunakan alat mengukur.

6.7.2 Menulis laporan eksperimen mengikut format yang bersistematik

6.7.3 Mengingat semua kemahiran proses sains.

6.7.4 Fokus kemahiran melukis graf dan membina jadual